Seo Services

PDRM Tunggu Polis Thai Selesai Siasat Justo - KPN


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menunggu Polis Thailand selesai menjalankan siasatan terhadap bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PSI), Xavier Justo sebelum boleh dipertimbangkan untuk menyoal siasat warga Switzerland itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya sebelum ini telah menyuarakan hasrat kepada Polis Thailand bagi membincangkan permintaan Malaysia untuk menemui Justo yang sedang ditahan di Thailand.


"Tiada perkembangan terkini setakat ini. Kita tunggu dahulu pihak Thailand selesaikan kes berkenaan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis penyerahan 300 topi keledar kepada anggota polis trafik Kuala Lumpur, di sini hari ini.


Pada 24 Jun lalu, Polis Thailand dilaporkan menahan Justo atas tuduhan cuba memeras ugut PSI, sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Arab Saudi yang menjadi tumpuan di Malaysia berikutan kerjasama pernah dijalin dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Berikutan cubaan peras ugut itu, beberapa e-mel dan dokumen disiarkan oleh Sarawak Report, sebuah blog bermotifkan politik sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB.-BH
PDRM Tunggu Polis Thai Selesai Siasat Justo - KPN PDRM Tunggu Polis Thai Selesai Siasat Justo - KPN  Reviewed by Unknown on July 06, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.