Seo Services

Teresa Kok, Tolong Bijak Beza Pakaian Hari-hari Dengan Kostum Ritual


Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok diminta tahu membezakan di antara pakaian seharian termasuk berurusan di pejabat Kerajaan dengan kesesuaian pemakaian kostum kebudayaan sesuatu kaum.

Budayawan, Profesor Dr Siti Zainon Ismail berkata, pakaian budaya adalah warisan dan pemakainya juga bijak untuk menggayakan busana mereka pada majlis-majlis yang tertentu.

“Pakaian ritual atau warisan bangsa sebegini bukanlah untuk dipakai sehari-hari atau semasa berurusan di pejabat.

“Ia pakaian warisan bangsa tertentu dan tidak dikenakan apabila hendak ke pasar. Rasanya semua orang tahu bila hendak memakai pakaian kebudayaan atau warisan bangsa masing-masing selain tidak dipakai sesuka hati semasa urusan seharian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Siti Zainon mengulas status gambar di laman Facebook Teresa yang menyifatkan pakaian setengah bogel atau ‘tidak menutup aurat’ selain menyindir kod pakaian Perkhidmatan Kerajaan sekarang.Pakaian tradisi Iban ini memang akan dilarang masuk pejabat kerajaan dengan kod pakaian Perkhidmatan Kerajaan sekarang kata Teresa Kok di laman facebooknya. - Astro Awani
Teresa Kok, Tolong Bijak Beza Pakaian Hari-hari Dengan Kostum Ritual Teresa Kok, Tolong Bijak Beza Pakaian Hari-hari Dengan Kostum Ritual Reviewed by uMieySurianie on July 06, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.