KUCHING: Tabung Amanah Bakun (TAB) sudah membantu sejumlah 2,500 pelajar dari daerah Belaga dari segi kewangan atau biasiswa untuk melanjutkan pelajaran sama ada peringkat rendah mahupun tinggi sejak 1996, kata Pegawai Eksekutifnya Romio Ding.
Beliau yang dipetik dari Bernama sebagai berkata penubuhan TAB merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan Persekutuan dan negeri untuk meningkatkan mutu pencapaian pendidikan dalam kalangan pelajar luar bandar dari daerah Belaga.
"TAB sudah membantu 2,500 pelajar dari peringkat sijil hingga ke Sarjana sejak 1996 dan bantuan ini diberi kepada pelajar dari daerah Belaga yang melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi awam dan swasta di Sarawak dan juga di Semenanjung," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan dan Penyerahan Surat Tawaran Bantuan 'one off' TAB di Politeknik Kuching sebentar tadi.
Sebanyak sembilan pelajar dari daerah Belaga yang sedang melanjutkan pelajaran di Politeknik berkenaan menerima bantuan kewangan berjumlah RM1,000.
"Bagi tahun ini, TAB sedang memproses kira-kira 100 permohonan untuk mendapatkan bantuan kewangan tabung berkenaan," katanya sambil menambah, syarat permohonan sangat mudah, pelajar hanya perlu mendapat tawaran daripada mana-mana institut pengajian dan kita akan salurkan bantuan kewangan tersebut.
"Bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran peringkat sijil dan diploma di Sarawak kita akan beri RM1,000; sijil dan diploma di Semenanjung RM1,500; Ijazah di Sarawak RM2,000 dan Ijazah di Semenanjung RM2,500," kata Romio lagi.
TAB diwujudkan khusus untuk membantu masyarakat di Daerah Belaga yang terbabit dengan pembinaan Empangan Hidro Elektrik Bakun terutamanya dalam soal pembangunan pendidikan.
Turut hadir Pengarah Politeknik Kuching Sahul Hamed Abdul Wahab. - Sarawakiana
Turut hadir Pengarah Politeknik Kuching Sahul Hamed Abdul Wahab. - Sarawakiana
Tabung Amanah Bakun Bantu 2,500 Pelajar Sejak 1996
Reviewed by Unknown
on
July 06, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
July 06, 2015
Rating:

No comments: