Ketua Polis Negara Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar menasihati agar Program #722 Sarawak Freedom And Independant Walk anjuran Sarawak For Sarawakians (S4S) tidak diteruskan atas sebab keselamatan.
Dalam satu kenyataan media sebentar tadi, Khalid menyatakan pihaknya telah menerima makluman untuk mengadakan perhimpunan/perarakan tersebut pada 22 Julai 2015 (esok) di Kuching.
Walaupun makluman yang diberi adalah selaras dengan ketetapan undang-undang, namunpihak polis telah menerima maklumat bahawa ada pihak-pihak yang merancang menggunakan perhimpunan/perarakan tersenut sebagai platform untuk menghasut dan membangkitkan sentimen rakyat Sarawak agar keluar dari Persekutuan.
Menurut Khalid, tindakan menghasut ini adalah bercanggah dengan perlembagaan Malaysia dan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan dibawah undang-undang yang sedia ada terhadap penganjur dan ahli-ahli jawatankuasanya demi menjaga kesejahteraan rakyat dan kedaulatan negara.
Penganjur Akan Diambil Tindakan Sekiranya #722 S4S Diteruskan Esok
Reviewed by Salfian Nawawi
on
July 21, 2015
Rating:
No comments: