Seo Services

Rakyat Malaysia Milki 900 Gram Kanabis Ditahan Di Woodlands


SINGAPURA: Seorang rakyat Malaysia berusia 20 tahun ditahan kerana didakwa memiliki 900 gram kanabis semasa melalui pemeriksaan di di Pusat Pemeriksaan Imigresen Woodlands di sini, awal pagi tadi.

Pegawai Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Woodlands dan Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam kenyataan bersama berkata dalam kejadian pada kira-kira 5.50 pagi Rabu, seorang lelaki melalui pemeriksaan rutin di ICA Woodlands.

Semasa pemeriksaan, pegawai ICA mendapati terdapat bonjolan pada pinggang lelaki berkenaan sebelum menemui satu bungkusan yang dibalut dengan surat khabar dan pembungkus plastik disyaki kanabis ditemui pada belakang tubuhnya yang dimasukkan dalam seluarnya.

Kanabis berkenaan dianggarkan bernilai S$29,000 (S1=RM2.78) di pasaran gelap.

Di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, individu yang disabitkan kesalahan mengimport lebih 500 gram kanabis boleh dikenakan hukuman mati.

-- BERNAMA


Rakyat Malaysia Milki 900 Gram Kanabis Ditahan Di Woodlands Rakyat Malaysia Milki 900 Gram Kanabis Ditahan Di Woodlands Reviewed by Unknown on July 22, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.