PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan rombakan Kabinet pada Selasa, selepas spekulasi beberapa minggu bahawa beliau akan membuat perubahan tertentu terhadap barisan kepimpinannya.
Perdana Menteri dijangka membuat pengumuman yang ditunggu-tunggu ini melalui sidang media pada pukul 3 petang Selasa.
Difahamkan bahawa Najib telah mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada pukul 10 pagi Selasa tetapi pejabat beliau 'kunci mulut' apabila ditanya mengenai pertemuan itu.
Perdana Menteri juga telah bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong pada Isnin.
Pelarasan Kabinet kali terakhir dibuat pada Jun 2014 apabila Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, timbalannya Datuk Dr Wee Ka Siong dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dilantik sebagai menteri. - mStar
Rombakan Kabinet Dijangka Hari Ini
Reviewed by uMieySurianie
on
July 28, 2015
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
July 28, 2015
Rating:

No comments: