Tindakan PKR Sarawak mendakwa Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem sebagai "hanya berlakon" dalam menangani isu pembalakan haram negeri ini dilihat sebagai langkah yang "terdesak dan amat sadis sekali" dalam meraih sokongan rakyat Sarawak.
Admin akaun Facebook PKR Sarawak pada statusnya semalam mencatatkan, "Adenan hanya berlakon kerana nak hapus pembalak haram konon!"
Mendakwa penduduk kampung di negeri ini telah menulis meminta Adenan menyelesaikan kes pembalakan haram di kawasan mereka pada bulan April lalu, admin akaun Facebook PKR Sarawak turut mendakwa, sehingga kini Adenan langsung tidak memberi respon ke atas perkara ini.
"Memang betul Adenan Pelakon terbaru di Sarawak. Adenan ini Cakap tak serupa bikin," kata admin akaun Facebook PKR Sarawak lagi.
Tahukah admin akaun Facebook PKR Sarawak, setakat bulan April tahun ini sahaja, sebanyak 28,154 batang kayu balak haram yang bernilai lebih dari RM10 juta yang telah dirampas oleh pihak berkuasa di Sarawak?
Tahukah admin akaun Facebook PKR Sarawak, dalam tempoh yang sama sebanyak 94 serbuan yang dilakukan ke atas aktiviti-aktiviti pembalakan haram di negeri ini yang melibatkan tangkapan ke atas 55 orang individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti tersebut?
Bahkan beberapa orang pemimpin BN yang disyaki terlibat dalam aktiviti pembalakan haram juga sedang disiasat.
Apakah ini semua lakonan belaka? Dakwaan admin akaun Facebook PKR Sarawak yang "Adenan Berlakon" dalam perkara ini sememangnya tiada asas sama sekali.
Mungkin kerana terasa "terasing" dalam menempuh bakal Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, tanpa PAS dan DAP kali inilah, PKR Sarawak terpaksa mencari "angle" yang lain dan tersendiri untuk dijadikan modal berkempen nanti, mereka terdesak untuk memcipta isu-isu sebegini.
Ditambah dengan keputusan tinjauan populariti di Sarawak baru-baru ini yang merekodkan penerimaan terhadap Adenan adalah sebanyak 74 peratus manakala sebanyak 68 peratus yang berpuashati dengan kepimpinannya pastinya meranapkan apa jua harapan PKR Sarawak untuk memenangi sebarang kerusi yang dipertandingkan pada PRN kelak.
Semuanya ini dilakukan demi survival politik PKR di Sarawak namun, pada pandangan penulis, tuduhan-tuduhan liar dan tidak munasabah ini tidak akan menjejaskan Adenan bahkan ianya sebaliknya akan menambahkan kebencian rakyat negeri ini kepada PKR. - Sarawakiana
Kerana Terdesak, PKR Sarawak Tuduh Adenan Satem Sebagai "Berlakon"
Reviewed by Salfian Nawawi
on
July 28, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
July 28, 2015
Rating:


No comments: