Seo Services

Sungguh Membanggakan, Gadis Sarawak Kreatif Baiki Sofa Sendiri


Sangat kreatif! Viral seorang gadis ayu yang berasal dari Sarawak menggunakan bakat beliau mengolah semula sofa lama milik ibunya semasa bulan puasa lepas menjadi seperti baru dibeli.

Gadis yang dikenali sebagai Ainna Abu Bakar Abdullah merupakan seorang guru KAFA bukan sahaja kreatif malah hasil kerja beliau secara langsung telah menjimatkan kos daripada membeli sofa baru.

Video yang berdurasi 4:22 minit dimuat naik oleh Ainna sendiri dilaman Facebooknya hanya kerana beliau rindu saat-saat beliau membaiki sofa lama ibunya.



Tengok balit vdeo masa tgh try repair/renew my mom old sofa.. i miss this moment. bila mana xperlu fikir apa2.. just focus dgn satu benda and x tringat dgn media sosial even hp pun x sentuh.. happy dgn hasil tgn sendiri. #healing #videomasablnpuasa thank you ya Allah..

Hasil tangan beliau sendiri nampak hebat apabila sofa yang pada mulanya hanya kerusi kayu akhirnya nampak seolah-olah seperti sofa baru yang dibeli dari kedai perabot.

Siapa sangka kemahiran beliau mentransformasikan sofa tersebut tanpa bantuan sesiapa telah mendapat pujian dikalangan rakan-rakan facebooknya. - Sarawakiana

Sungguh Membanggakan, Gadis Sarawak Kreatif Baiki Sofa Sendiri Sungguh Membanggakan, Gadis Sarawak Kreatif Baiki Sofa Sendiri Reviewed by Unknown on July 28, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.