Seo Services

Serah Tugas Pegawai Memerintah Batalion Kesepuluh Rejiman Renjer Diraja


KUCHING: Perbarisan pagi semalam telah menyaksikan Leftenan Kolonel Ismail Nasaruddin Yeop menyerahkan tugas dan tanggungjawab sebagai Memerintah Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja kepada Leftenan Kolonel Azman Zainuddin sambil disaksikan Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Md Yusof Aziz dalam Majlis Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Batalion Kespuluh Rejimen Renjer Diraja yang berlansung di Padang Kawad Kem Muara Tuang.

Seramai 13 pegawai dan 200 anggota lain-lain peringkat terlibat dalam perbarisan ini yang diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah, Mejar Anuar Ahmad.

Menyingkap kembali latar belakang Leftenan Kolonel Ismail Nasaruddin Yeop selaku Pegawai Memerintah Batalion Kesepuluh Rejimen Diraja yang ke sembilan telah mengambilalih tugas dan tanggungjawab sebagai Pegawai Memerintah Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja daripada Leftenan Kolonel Jamaluddin Yaacob pada 14 Januari 2013 yang lalu.

Selaku Pegawai Memerintah Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja yang bertanggungjawab memperkenalkan teriakan 'Bujang Berani' yang bermaksud Pahlawan gagah Berani dalam bahasa Iban telah membuktikan bahawa laungan itu sememangnya berbisa dan cukup bermakna bagi seluruh warga pasukan.

Teriakan perang ini merupakan teriakan keramat yang telah membawa banyak kejayaan kepada pasukan ini sepanjang dibawah pemerintahan beliau daripada tahun 2013 sehingga tahun 2015.

Selain itu, Batalion Kesepuluh Rejimen Diraja telah menjadi pasukan terbaik di bawah Formasi 3 Bgd pada tahun 2013 dan 2014 serta menjadi pasukan cemerlang sukan dibawah Pemerintahan Wilayah Timur yang merangkumi negeri Sarawak dan Sabah pada tahun 2014.

Beliau sendiri telah dianugerahkan Sijil Cemerlang oleh 1 Divesyen dan Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat sebanyak tiga kali berturut-turut.

Leftenan Kolonel Ismail Nasaruddin Yeop kemudiannya telah diberi penghormatan mengetuai istiadat Perbarisan Pengoperasian Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja yang telah dilaksanakan pada 11 Jun 2015 yang lalu oleh Penglima Divisyen Pertama Inrantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw. - Sarawakiana

Serah Tugas Pegawai Memerintah Batalion Kesepuluh Rejiman Renjer Diraja Serah Tugas Pegawai Memerintah Batalion Kesepuluh Rejiman Renjer Diraja Reviewed by uMieySurianie on July 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.