Seo Services

Siasat Sebelum Sebar Maklumat Di Laman Sosial


KUALA LUMPUR: Siasat kesahihan sesuatu laporan sebelum menyebarkannya di laman sosial andai tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang atau menyinggung perasaan orang lain.

Itu nasihat Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya yang tidak mahu pengguna laman sosial terlalu ghairah menghebahkan maklumat tanpa memikirkan kesannya.

"Selepas mendapat sesuatu maklumat atau gambar serta video, perkara pertama perlu dilakukan adalah berfikir dulu sebelum berkongsi, memberi komen atau suka.

"Kemudian buat kesimpulan sama ada maklumat berkenaan hendak dikongsi atau disimpan kerana mungkin apa yang kita kongsi kelak boleh mencetuskan kegusaran di kalangan masyarakat " katanya kepada Bernama di sini.

Aktivis sosial itu juga berkata, ada juga pengguna laman sosial yang suka berkongsi gambar milik orang lain hanya bertujuan untuk menjatuhkan maruah mereka atas pelbagai alasan dan itu boleh mengundang tindakan undang-undang.

Dr Saharuddin berkata ada pula individu atau kumpulan yang sengaja mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dan hasutan di laman sosial yang boleh menggugat keamanan dan keharmonian negara.

Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berpendapat pengguna laman sosial perlu berwaspada dengan tindakan mereka sebelum keadaan menjadi parah.

"Ada individu beranggapan mereka mempunyai kebebasan untuk membuat sebarang kenyataan di laman sosial. Kalau kenyataan betul, ia boleh disebarkan untuk rujukan masyarakat.

"Contohnya, jika seseorang memerlukan kumpulan darah tertentu, maka maklumat itu boleh disebarkan demi menyelamatkan nyawa mereka.

"Tapi jika kita sebarkan sesuatu yang tidak betul, kesannya mungkin menjadi buruk," katanya.

Sehubungan itu, Lee meminta orang ramai supaya tidak mudah mempercayai berita sensasi yang tidak dapat dipastikan kesahihannya yang disebarkan melalui media sosial.- BERNAMA
Siasat Sebelum Sebar Maklumat Di Laman Sosial Siasat Sebelum Sebar Maklumat Di Laman Sosial Reviewed by Unknown on July 22, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.