Seo Services

Syabu Bernilai Lebih S$101,000 Dirampas, Dua Lelaki Ditahan


SINGAPURA: Biro Narkotik Pusat (CNB) merampas syabu atau methamphetamine yang dianggarkan bernilai lebih S$101,000 ($1=RM2.78), di sini dalam operasi CNB tengah hari Rabu.

Dalam kenyataan pada Khamis, CNB berkata pegawainya menahan lelaki berusia 25 tahun dipercayai pengedar dadah di unit blok HDB di Marine Terrace.

Dua bungkus syabu seberat kira-kira 560 gram ditemui dalam bahagian tersembunyi di bawah tempat duduk motosikal suspek yang diletakkan di kawasan itu.

Hasil maklumat lelaki itu, pegawai CNB menahan seorang lagi lelaki warga Singapura, berusia 28 tahun, dipercayai rakan subahat suspek pertama di kawasan Kallang Avenue.

Akta Penyalahgunaan Dadah memperuntukkan hukuman mati jika jumlah methamphetamine yang diedar melebihi 250 gram.

Jumlah 250 gram itu dapat membekalkan 185 penagih dadah dalam tempoh seminggu.

-- BERNAMA
Syabu Bernilai Lebih S$101,000 Dirampas, Dua Lelaki Ditahan Syabu Bernilai Lebih S$101,000 Dirampas, Dua Lelaki Ditahan Reviewed by Unknown on July 24, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.