KOTA TINGGI: Dua anggota Rejimen Gerak Khas (RGK) 21 dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menggalakkan keahlian dalam kumpulan pengganas, Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohd Zuraidi Shafiq Zulkeflee, 27, dan Muhammad Adibzakir Zahri, 28, selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 130G (b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 30 tahun bersama denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 21 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Mersing sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.-BH
Dua Komando Dituduh Galak Keahlian Dalam Kumpulan Pengganas
Reviewed by Unknown
on
September 15, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
September 15, 2015
Rating:

No comments: