GERIK: Seorang anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi kerana memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Negara Islam (IS).
Prebet Mohammad Rusdan Mohammad Khir, 24, yang bertugas di Rejimen Sempadan, Bukit Kayu Hitam, Kedah dituduh mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 19 Ogos lalu kira-kira jam 10.20 pagi di Balai Polis Gerik di sini.
Sabit kesalahan dia boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau didenda dan dirampas harta benda berkenaan yang digunakan untuk tujuan itu.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Faridza Hamdan di hadapan Majistret A Akhiruddin@Boy Acho manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam.
Tertuduh ketika pendakwaan ke atasnya dibacakan mengaku bersalah atas pertuduhan, bagaimanapun A Akhiruddin tidak dapat menjatuhkan hukuman kerana pihak pendakwaan memohon kes itu untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kes itu tertakluk kepada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Prebet Dituduh Miliki Bahan Berkaitan IS
Reviewed by Unknown
on
September 15, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
September 15, 2015
Rating:


No comments: