Seo Services

30 Peratus Dari Peruntukan Besar KKLW Disalur Untuk Sarawak


SIBU: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan 30 peratus atau hampir RM15 bilion daripada RM49.47 bilion peruntukan yang dipohon daripada Kementerian Kewangan bagi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah tersebut adalah untuk melaksanakan pembangunan kawasan luar bandar terutama sekali penyediaan keperluan yang mendesak seperti bekalan elektrik dan air.

"Peruntukan yang diberi kepada KKLW pada RMK9 ialah RM17.59 bilion dan RM28.4 bilion pada RMK10. Pada RMK11, KKLW mohon peruntukan RM49.47 bilion yang 30 peratus akan diperuntukkan untuk pembangunan luar bandar di Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Seminar Kepimpinan Peringkat Akar Umbi Bahagian Sarikei di sini Isnin.

Peruntukan besar bagi negeri Sarawak itu katanya, adalah bukti kerajaan persekutuan tidak mengabaikan pembangunan di negeri itu dan sekali gus menafikan tohmahan sesetengah pihak.

Oleh itu, Ismail berkata beliau mahu setiap ketua masyarakat dan ketua kaum di Sarawak menyediakan profil kampung masing-masing agar pihaknya dapat merancang program pembangunan untuk mereka sehingga tahun 2020.

Kementeriannya melalui Majlis Amanah Rakyat turut bercadang membina dua lagi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Sarawak dalam RMK11 iaitu di Bahagian Bintulu dan juga Lawas, menjadikan jumlah keseluruhan MRSM di negeri tersebut lima buah.

"Sarawak sudah mempunyai tiga MRSM iaitu di Kuching, Betong dan Mukah," katanya.

Turut dicadangkan ialah pembinaan sebuah lagi GiatMara iaitu di Saratok dan sebuah lagi Institut Kemahiran Desa (INFRA) di Samarahan.

Pada masa ini Sarawak secara keseluruhannya sudah mempunyai 31 GiatMara dan sebuah INFRA di Kuching. - BERNAMA
30 Peratus Dari Peruntukan Besar KKLW Disalur Untuk Sarawak 30 Peratus Dari Peruntukan Besar KKLW Disalur Untuk Sarawak Reviewed by uMieySurianie on September 28, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.