![]() |
| Gambar hiasan |
KUALA LUMPUR: Tiga individu dipercayai cuba mewujudkan ancaman terhadap Kedutaan Amerika Syarikat di sini dan kawasan sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, ditahan dalam satu serbuan, semalam.
Ketiga-tiga mereka, masing-masing seorang rakyat tempatan, seorang warga Indonesia dan seorang rakyat Syria, ditahan hasil maklumat yang disalurkan oleh bahagian perisikan antarabangsa.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, berkata pihaknya memberi jaminan tiada sebarang unsur ancaman dikesan setakat ini berdasarkan pemantauan awal oleh Cawangan Khas (SB) Bukit Aman. - BH
Ancaman: Tiga Individu Ditahan Dalam Serbuan
Reviewed by uMieySurianie
on
September 25, 2015
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
September 25, 2015
Rating:

No comments: