![]() |
| gambar hiasan |
SEMATAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) diberi kebenaran oleh Indonesia untuk memasuki perairannya bagi mencari dan menyelamat tiga nelayan tempatan yang dilaporkan hilang dalam insiden bot karam.
Jurucakap APMM memberitahu anggota yang terlibat dalam operasi tersebut telah dibenarkan untuk memasuki perairan Indonesia semalam untuk mencari ketiga-tiga mangsa.
“Jumlah aset yang digerakkan untuk operasi tersebut masih sama seperti awal operasi.
“APMM sekarang fokus untuk mencari bot nelayan yang karam kerana kita bimbang, mereka mungkin masih terperangkap di dalam bot berkenaan,” katanya.
Pada 12 September lepas, sebuah bot nelayan tempatan karam akibat berlanggar dengan bot peronda POLAIR selepas didakwa menceroboh perairan negara jiran berkenaan.
Ekoran insiden yang berlaku sekitar jam 6.45 petang di kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Dato tersebut, empat anak kapal berjaya diselamatkan anggota POLAIR dan tiga lagi termasuk tekong kapal masih belum dijumpai.-UB
APMM Dibenar Masuk Perairan Indonesia Cari Tiga Nelayan Hilang
Reviewed by Unknown
on
September 18, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
September 18, 2015
Rating:

No comments: