Seo Services

Polis Thai Yakin Dapat Kerjasama PDRM Berkaitan Suspek Serangan Bom Bangkok


BANGKOK: Polis Thai yakin akan berpeluang menyoal siasat tiga suspek yang diberkas Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu siasatan yang masih berjalan terhadap sekumpulan individu yang bertanggungjawab dalam serangan bom di tengah-tengah kota Bangkok, 17 Ogos lepas.

"Kami tidak pernah mengenakan syarat antara satu sama lain kerana kami mempunyai hubungan yang baik. Malaysia dan Thailand telah bekerjasama buat sekian lama," kata Ketua Polis Thai Jen Somyot Pumpanmueng pada satu sidang akhbar di sini Khamis.

Somyot berkata pasukan polis Thai yang dihantar ke Malaysia pada 15 Ogos mungkin tidak berpeluang menyoal siasat suspek secara langsung tetapi pasukan kedua yang dihantar pada Khamis mungkin berpeluang menyoal suspek esok atau lusa, selepas PDRM selesai siasatan mereka.

"Kami perlu memberikan ruang kepada polis Malaysia untuk menyiasat perkara itu dahulu," katanya.

Pilihan lain, polis Thai boleh menyediakan soalan untuk ditanya menerusi PDRM jika ada halangan perundangan untuk polis Thai menyoal siasat suspek, katanya.

"Saya percaya kami mungkin berpeluang untuk mendapatkan maklumat atau perkara lebih terperinci daripada perbincangan," katanya.

Beliau berkata polis Thai yakin kerana kedua-dua pihak saling bekerjasama dalam segala aspek.

Beliau berkata kerjasama itu termasuk menyerahkan beratus kereta yang dicuri dan dibawa masuk ke Thailand kembali ke Malaysia tetapi kerjasama seperti itu jarang mendapat liputan media.

Somyot juga berkata polis Thai masih belum dapat memastikan penglibatan tiga suspek itu sama ada dalam pemerdagangan manusia atau perancangan serangan bom berkenaan.

-- BERNAMA
Polis Thai Yakin Dapat Kerjasama PDRM Berkaitan Suspek Serangan Bom Bangkok Polis Thai Yakin Dapat Kerjasama PDRM Berkaitan Suspek Serangan Bom Bangkok Reviewed by Unknown on September 18, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.