Seo Services

Barangan Cetak Rompak Bernilai RM186,390 Dilupuskan Hari Ini - KPDNKK


Kuching : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak telah melaksanakan pelupusan barangan cetak rompak yang melibatkan 18,629 unit cakera optic tanpa label seperti cakera padat video (VCD), cakera padat digital (DVD) dan cakera padat (CD) yang bernilai RM186,390 membabitkan 35 kes bagi Bahagian Kuching sahaja.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan) dan Menteri Muda Perancangan Sumber, Datuk Haji Mohd Naroden berkata, fenomena kegiatan cetak rompak bukanlah sesuatu yang baharu malah ianya telah lama bertapak di Sarawak.

“Kegiatan seperti ini boleh mendatangkan impak negatif terhadap masyarakat dan perlu diingatkan bahawa penjualan cakera padat cetak rompak adalah salah disisi undang-undang dan boleh mendatangkan kerugian yang banyak kepada negeri ini,”

“Ekonomi dan pelaburan dalam negeri juga terjejas lantaran aktiviti pencetakan haram yang berleluasa malah industri pencetakan yang sah mengalami kerugian disebabkan barangan asli yang dikeluarkan mengalami kemerosotan,” katanya

Majlis Pelupusan Eksibit telah disempurnakan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan) dan Menteri Muda Perancangan Sumber, Datuk Haji Mohd. Naroden Haji Majais bersama Pengarah KPDNKK Sarawak, Datuk Stanley Tan di Ibu Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kuching, pagi tadi.

Sementara itu, Stanley berkata, kesemua eksibit yang dilupuskan merupakan hasil operasi di sekitar daerah Kuching termasuklah lokasi tumpuan awam seperti premis perniagaan, pasar malam, pasar harian, rampasan Tuan (RTT), pusat beli belah, penjaja tanpa lesen dan sebagainya.

“Pihak KPDNKK akan terus aktif membanteras aktiviti haram ini dari semasa ke semasa untuk mengurangkan gejala cetak rompak dan perniagaan haram yang semakin menular khususnya di negeri Sarawak," jelas beliau.

“Untuk makluman, sejak minggu lepas lagi pihak kami telah memulakan operasi berdasarkan modus operandi seperti aduan dan kita telah membuat intipan dan serbuan serta merta di lokasi tertentu." - Sarawakiana
Barangan Cetak Rompak Bernilai RM186,390 Dilupuskan Hari Ini - KPDNKK Barangan Cetak Rompak Bernilai RM186,390 Dilupuskan Hari Ini - KPDNKK Reviewed by Unknown on September 28, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.