Seramai 73 orang barisan pemuda Barisan Nasional terlibat dalam Program Pemuda Barisan Nasional ‘For Community’ di Long Busang, Belaga pada 25 hingga 26 September kelak, gabungan daripada pemuda Barisan Nasional dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Ketua Pemuda BN Sarawak, Dato Seri Hj Fadillah Yusof merangkap Menteri Kerja Raya berkata, program ini adalah inisiatif untuk pemuda BN menghayati dan memahami permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat luar bandar di samping merapatkan jurang di antara Bandar dan luar Bandar.
"Kita harus dedahkan mereka kepada nasib dan kesusahan rakyat di kawasan luar bandar supaya apabila mereka menjadi pemimpin satu hari nanti, mereka akan dapat memahami apakah kesukaran yang dihadapi oleh luar bandar,"
“Program ini merupakan idea daripada Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS), Yb Liwan Lagang yang telah disokong penuh oleh BN Sarawak dan sekaligus menjadi program BN Pusat,"
"Jawatankuasa kerja telah ditubuhkan dan akan dipengerusikan oleh Liwan Lagang merangkap Adun Belaga, dimana segala persiapan dan jadual program akan diuruskan beliau pada hari tersebut,"
"Jawatankuasa kerja telah ditubuhkan dan akan dipengerusikan oleh Liwan Lagang merangkap Adun Belaga, dimana segala persiapan dan jadual program akan diuruskan beliau pada hari tersebut,"
Beliau berkata sedemikian semasa Sidang Media selepas mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pemuda BN For Community' di Ibu Pejabat PBB, pagi tadi.
Turut sama hadir barisan Exco Pemuda BN Sarawak yang dianggotai Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Sarawak United Peoples Party (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP).
"Ketua Pemuda BN Malaysia, Khairy Jamaruddin merangkap Menteri Belia dan Sukan akan merasmikan program tersebut dan akan mengadakan sesi dialog bersama masyarakat setempat dan pemuda-pemuda BN yang terlibat,”
Menurut Fadillah, tujuan utama dialog adalah untuk menyatakan sokongan terhadap saranan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib dan juga Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Hj Adenan Satem dalam Pelan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang memfokuskan kepada pembangunan luar bandar khususnya.
Selain itu, pelbagai aktiviti yang akan dilakukan sepanjang program antaranya gotong-royong, mendirikan klinik, membaik pulih sekolah, aktiviti riadah bersama penduduk setempat dan kepimpinan BN Sarawak. - Sarawakiana
Selain itu, pelbagai aktiviti yang akan dilakukan sepanjang program antaranya gotong-royong, mendirikan klinik, membaik pulih sekolah, aktiviti riadah bersama penduduk setempat dan kepimpinan BN Sarawak. - Sarawakiana
Barisan Pemuda BN Dekati Masyarakat Luar Bandar
Reviewed by Unknown
on
September 18, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
September 18, 2015
Rating:

No comments: