BELURAN: Penubuhan koperasi di kawasan luar bandar dalam Parlimen Beluran dilihat mampu membantu usaha meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan ini.
Anggota Parlimennya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata adalah penting jumlah koperasi di kawasan ini ditambah bagi memastikan peningkatan taraf hidup khususnya masyarakat luar bandar dapat dipertingkatkan.
"Ia juga dapat menarik minat rakyat di kawasan ini untuk melibatkan diri dengan gerakan koperasi demi meningkatkan taraf hidup masing-masing melalui aktiviti perniagaaan yang diceburi menerusi sektor berkenaan," katanya ketika merasmikan Program Koperasi Penjana Ekonomi Masyarakat Peringkat Parlimen Beluran di Kampung Bintang Mas di sini, Khamis.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata melalui perancangan dan tindakan diusahakan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), peranan gerakan koperasi dalam pembangunan negara dapat ditingkatkan ke tahap lebih tinggi serta mampu menjadikan koperasi sebagai jentera pembangunan sosio-ekonomi rakyat.
Ronald yang juga pengerusi Majlis Perundingan Koperasi Parlimen (MPKP) Beluran berkata pewujudan MPKP itu bertepatan masanya kerana ia bertanggungjawab mengenal pasti permasalahan dihadapi sesebuah koperasi seterusnya memperkenalkan input dan idea membina dalam usaha mengatasinya.
Katanya di Di Beluran terdapat 38 koperasi, 16 di Sugut dan 20 di Labuk.
Menurutnya dengan jumlah koperasi di Beluran masih kecil, beliau mahu masyarakat setempat berusaha menubuhkan koperasi dan tidak semata-mata bergantung kepada bantuan kerajaan sahaja.
Sungguhpun kerajaan memperkenalkan pelbagai program yang menjurus untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat, penubuhan koperasi dilihat satu usaha yang perlu dilakukan bukan sahaja untuk menyokong peningkatan ekonomi masyarakat tetapi juga kepada pembangunan negara, katanya.
-- BERNAMA
Penubuhan Koperasi Mampu Bantu Tingkat Taraf Penduduk Luar Bandar - Ronald
Reviewed by Unknown
on
September 18, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
September 18, 2015
Rating:

No comments: