Seo Services

Bekas Kekasih Jim Carrey Ditemui Mati


LOS ANGELES: Bekas teman wanita aktor Amerika Syarikat (AS) Jim Carrey, maut di rumahnya akibat bunuh diri, menurut polis Selasa.

Jurucakap pejabat koroner Los Angeles County, Fred Corral berkata, Cathriona White, 30, disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik petang Isnin.

Katanya, kematian White, seorang jurusolek Hollywood, dianggap sebagai bunuh diri. Laporan berita tempatan berkata, pasangan itu yang keluar bersama namun putus dan kembali menyambung hubungan sejak tahun 2012, berpisah Khamis lalu.

White yang berasal dari Ireland menghantar mesej samar dalam akaun Twitternya pada hari kematiannya yang berbunyi: "Menutup akaun Twitter, saya harap saya menjadi cahaya kepada orang terdekat dan tersayang."

Carrey dalam satu kenyataan berkata beliau "amat sedih dengan pemergian Cathriona yang manis."

"Beliau adalah bunga Ireland yang amat baik dan rapuh, terlalu sensitif untuk tanah ini (AS), kepada yang menyayangi dan disayangi itulah yang terserlah.

"Perasaan simpati saya buat keluarga dan rakan serta semua yang menyayangi dan mengambil berat dirinya. Kita semua dilanda musibah umpama kilat ini," kata aktor berusia 53 tahun itu.

White ditemui di rumahnya petang Isnin oleh seorang rakan yang menelefon perkhidmatan kecemasan.

Jurusolek itu dilaporkan meninggalkan nota bunuh diri. -AFP

Bekas Kekasih Jim Carrey Ditemui Mati Bekas Kekasih Jim Carrey Ditemui Mati Reviewed by uMieySurianie on September 30, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.