Seo Services

Budak Lapan Tahun Mati Ditendang Rakan


JAKARTA: Polis menyoal seorang budak berusia lapan tahun selepas didakwa menyerang dan membunuh rakan sekelasnya berikutan satu perkelahian Jumaat lalu.

Kedua-dua murid itu mengambil bahagian dalam satu pertandingan lukisan. Mereka tiba-tiba bergaduh. Mangsa ditumbuk rakan sekelasnya di dada sebelum ditendang di kepala,” kata jurucakap polis Jakarta M Iqbal.

Kejadian berlaku di Sekolah Rendah Kebayoran Lama, Jakarta Selatan, Jumaat lalu.

Pegawai sekolah membawa mangsa yang juga berusia lapan tahun ke klinik masyarakat berhampiran sebelum dia dihantar ke Hospital Fatmawati.

Dia mati jam 6 petang kelmarin.

Polis berkata, seorang guru berada di tempat kejadian ketika pergaduhan berlaku, tetapi tidak dapat dipastikan alasan dia tidak meleraikan kedua-dua pelajar apabila keadaan menjadi ganas.

Sehingga semalam, polis masih belum menahan atau mendakwa budak berkenaan. Bagaimanapun, ia merancang berbuat demikian menurut undang-undang juvana.



- Agensi
Budak Lapan Tahun Mati Ditendang Rakan Budak Lapan Tahun Mati Ditendang Rakan Reviewed by Unknown on September 21, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.