Seo Services

Bunuh Morais: Tujuh Akan Didakwa Esok


PETALING JAYA: Tujuh individu dijangka didakwa di dua mahkamah di sini dan Kuala Lumpur pada Isnin berhubung kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais.

Dua daripada tujuh yang berkenaan termasuk seorang doktor tentera akan didakwa kerana bersubahat manakala lima yang lain didakwa bertindak membunuh Morais.

Pendakwaan terhadap lima yang berkenaan akan dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Mayat Morais, 55, ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini, pada 16 September lepas.

Mendiang dilaporkan hilang pada 4 September dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q. - mStar
Bunuh Morais: Tujuh Akan Didakwa Esok Bunuh Morais: Tujuh Akan Didakwa Esok Reviewed by uMieySurianie on September 27, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.