Seo Services

Dua Menteri Turki Letak Jawatan

Foto:  AP

ISTANBUL: Dua ahli Parlimen parti pro-Kurdis meletak jawatan daripada kerajaan sementara, menyalahkan pemimpin tertinggi kerana gagal menangani keganasan antara pemberontak Kurdis dan tentera hingga sukar untuk mereka menjalankan tugas.

Menteri Hal Ehwal Kesatuan Eropah (EU), Ali Haydar Konca dan Menteri Pembangunan, Muslum Dogan - ahli Parti pro-Kurdis Parti Demokrasi Rakyat (HDP) memberitahu wartawan mereka meletak jawatan kerana pemerintah Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) campur tangan dalam tugasan mereka.

Parti HDP yang berkembang hasil gerakan nasional Kurdis, meraih undi yang luar biasa dalam pilihan raya Jun lalu selepas meluaskan pengaruh dengan merayu undi golongan berhaluan kiri dan liberal daripada seluruh Turki.

Dogan dan Konca adalah dua ahli parlimen pertama parti terbabit menjawat jawatan menteri yang dilihat sebagai satu perkembangan memperbaiki hubungan dengan etnik minoriti Kurdis.

Bagaimanapun, hubungan menjadi dingin apabila keganasan mula tercetus antara pemberontak Kurdis dan tentera Turki dan kegagalan antara parti membatalkan perjanjian pakatan hingga memaksa pilihan raya semula diadakan pada 1 November depan.

Dalam pada itu, tentera Turki berkata 24 anggotanya cedera dalam kejadian dua letupan di timur wilayah Van.

Dalam kenyataan penuh menerusi laman web tentera, letupan dikatakan berlaku dalam tempoh selang beberapa jam. Hanya sedikit butiran di dedahkan. Pejabat Perdana Menteri tidak memberikan sebarang maklum balas ketika dihubungi. - AP

Dua Menteri Turki Letak Jawatan Dua Menteri Turki Letak Jawatan  Reviewed by uMieySurianie on September 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.