Seo Services

Festival Lebih Mantap Pada Tahun Hadapann


KUCHING: Festival Tebingan Kuching-Regata Sarawak yang sebelum ini hanya dikenali sebagai Regata Sarawak mungkin diadakan pada bulan November mulai tahun depan dengan lebih banyak acara tambahan diadakan.

Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, beliau mencadangkan penganjurannya pada bulan November, memandangkan September dipenuhi dengan banyak aktiviti lain.

“Jika maklum balas mengenai perkara ini diterima baik, saya mencadangkan festival diadakan pada November iaitu pada musim cuti persekolahan untuk menarik lebih ramai pengunjung.

“Tambahan kita juga melihat bulan September di Sarawak ia dipenuhi dengan pelbagai acara seperti Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri, Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Maka, bulan November mungkin sesuai untuk festival diadakan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Festival Makanan dan Jualan Kraf dan Simbolik Menitik Mata Naga sempena Festival Tebingan Kuching-Regata Sarawak 2015 di Tebingan Kuching di sini, semalam.

Abang Johari berkata, meskipun Sarawak mungkin mengalami sedikit hujan pada bulan November, tetapi beliau percaya ia bukan musim banjir yang sering berlaku pada Disember hingga Januari.

“Kementerian saya akan memantau maklum balas kerana seperti yang kita sedia maklum, festival adalah di mana kita mampu menukarkan Tebingan Kuching kepada tempat pelbagai aktiviti dengan persembahan kebudayaan serta tarikan Sarawak.

“Namun yang pasti ia akan diadakan semasa cuti sekolah di mana lebih ramai yang akan datang bersama-sama memeriahkan festival,” katanya.

Selain itu, katanya, kementerian juga mencadang untuk mewujudkan satu acara baharu iaitu Regata Antara Univerisiti pada tahun depan.

Abang Johari berkata, ia berdasarkan penyertaan menggalakkan pihak universiti pada acara Perlumbaan Bot Naga kategori tempatan pada tahun ini.

“Dengan itu, kita menggalakkan peserta universiti kita menyertai perlumbaan antarabangsa dan bersaing dengan mereka. Disebabkan itu, kita mencadangkan untuk mengadakan Regata Antara Universiti ini pada tahun hadapan.

“Ia mungkin acara mendayung sama seperti di Universiti Oxford dan Cambridge. Alumni universiti tempatan kini sedang bekerjasama dengan universiti terbabit,” katanya.

Tambah Menteri Perumahan itu, jika ada pertimbangan daripada kedua-dua pihak, maka acara regata khas iaitu antara universiti tempatan dan antarabsanga akan diadakan pada tahun hadapan.

Jelasnya, ini sekali gus menyaksikan tempoh masa bagi acara Regata Sarawak akan lebih panjang dengan jangkaan sebulan yang sarat aktiviti melibatkan semua lapisan masyarakat.

Sementara itu, festival yang berlangsung dari 18 hingga 27 September menyaksikan hujung minggu pertama iaitu 18 hingga 20 September khas untuk Perlumbaan Bot Naga Antarabangsa.

Ia disertai sebanyak 12 pasukan luar negara, lima pasukan dari negeri-negeri dalam Malaysia dan lapan pasukan tempatan.

Manakala, hujung minggu kedua iaitu 25 hingga 27 September dikhaskan untuk perlumbaan Regata Sarawak melibatkan 18 kategori perlumbaan. - BP
Festival Lebih Mantap Pada Tahun Hadapann Festival Lebih Mantap Pada Tahun Hadapann Reviewed by Unknown on September 20, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.