SHAH ALAM: Gabungan tiga kejadian iaitu bulan penuh, fenomena Perigee dan gerhana bulan penuh juga dikenali sebagai ‘Super Blood Moon’ berlaku pada hari ini.
Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mohd Zamri Shah Mastor berkata, fenomena ini terjadi kerana bulan yang sedang mengalami fasa penuh kini berada di kedudukan paling hampir dengan bumi dan dalam masa yang sama mengalami fenomena gerhana penuh.
"Pada masa sekarang ini gerhana Bulan penuh sedang berlaku dan gerhana ini pula berlaku dalam keadaan Bulan sangat hampir dengan Bumi, selain itu, fenomena ini juga dikenali sebagai 'Super Blood Moon' dimana ia sebenarnya gabungan dua rangkai kata iaitu daripada rangkai kata 'Super Moon' dan juga 'Blood Moon',” katanya kepada Sinar Online hari ini.
Menurutnya, ‘Super Moon’ bermaksud bulan dalam fasa penuh dan berada pada kedudukan sangat hampir dengan Bumi.
Fenomena ini menyebabkan Bulan kelihatan lebih besar sedikit pada waktu ini dimana saiz Bulan akan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang daripada Bulan penuh biasa," katanya.
Bagaimanapun, Mohd Zamri berkata fenomena itu hanya dapat di lihat di benua Eropah, Benua Amerika, dan Afrika sahaja.
"D i Malaysia pada ketika ini ialah waktu siang, jadi kita tidak dapat saksikan gerhana Bulan penuh tersebut , namun kalau kita hendak menyaksikannya juga kita boleh layari laman web Slooh Community Observatory," ujarnya.
Sementara itu, Mohd Zamri berkata fenomena ini akan hanya berlaku dalam masa 18 tahun lagi.
“Kejadian yang menggabungkan tiga fenomena ini hanya akan berlaku lagi pada 2033 nanti. Di Malaysia pula, gerhana Bulan penuh dapat dilihat lagi pada 2018 nanti,” katanya.
Beliau berkata, fenomena itu akan mempengaruhi pasang surut air laut namun tidak menyebabkan berlakunya bencana.
“Super Moon boleh memberi kesan kepada kejadian pasang surut air laut, di mana paras air pasang akan menjadi lebih tinggi," ujarnya. - SH
Gerhana ‘Super Blood Moon’ Berlaku Hari Ini
Reviewed by Unknown
on
September 28, 2015
Rating:
![Gerhana ‘Super Blood Moon’ Berlaku Hari Ini](http://1.bp.blogspot.com/-IE5pc_6Fiyo/VgkFPEfq6hI/AAAAAAAAKEs/SkY0LYKUroo/s72-c/Gerhana_Super_Blood_Moon_Berlaku_Hari_Ini.jpg)
No comments: