Seo Services

Iran Berkabung 3 Hari, Saudi Diminta Bertanggungjawab


PEMIMPIN Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei mengisytiharkan tiga hari berkabung susulan tragedi rempuhan Mina yang mengakibatkan lebih 700 jemaah haji meninggal dunia, termasuk sekurang-kurangnya 90 rakyat Iran.

Pada masa yang sama, Ayatollah menyifatkan insiden malang itu berpunca ekoran ‘salah pengurusan’ dan ‘langkah yang tidak sesuai’ yang diambil oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Berikutan itu, beliau memohon agar kerajaan Arab Saudi bertanggungjawab sepenuh terhadap malapetaka yang berlaku itu.

“Salah urus dan langkah-langkah yang tidak wajar menyebabkan tragedi ini tidak boleh dilupakan.

“Kerajaan Saudi perlu memikul tanggungjawab dalam insiden pahit ini dan menunaikan kewajipannya berlandaskan kebenaran dan keadilan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Setakat ini, kejadian rempuhan di Mina itu sudah mengorbankan 717 nyawa manakala sekurang-kurangnya 863 lagi cedera. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
Iran Berkabung 3 Hari, Saudi Diminta Bertanggungjawab Iran Berkabung 3 Hari, Saudi Diminta Bertanggungjawab Reviewed by uMieySurianie on September 25, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.