Seo Services

Jerebu Beransur Hilang Selepas Hujan Turun


KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras sihat sehingga jam 3 petang semalam iaitu 50 selepas hujan turun setiap hari sejak awal pagi Jumaat lalu.

Malah, hujan lebat yang turun sejak tengah hari semalam juga menampakkan kecerahan pada awan dan langit di bandar raya ini, berbanding keadaan jerebu tebal beberapa hari lalu.

Selain itu, jarak penglihatan bangunan tinggi di sini termasuk Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di seberang Sungai Sarawak juga nampak semakin baik dan jelas.

Terjamin dengan keadaan yang sudah hampir pulih seperti sedia kala, warga kota kelihatan telah keluar dari rumah masing-masing untuk ke bandar selain memeriahkan sambutan Regata Sarawak 2015 yang sedang berlangsung di Tebingan Kuching, di sini.

Tidak ketinggalan bagi bahagian Samarahan di mana bacaan IPU mencatat 54 sekali gus menunjukkan penurunan berbanding 65 pada Sabtu.

Bacaan IPU di Sibu pula ialah 50, Bintulu (60) dan Miri (42).

Bacaan IPU pada Khamis lalu mencatat paras sangat tidak sihat apabila ia mencecah 200 sebelum Jabatan Pendidikan Negeri mengumumkan penutupan sekolah di sekitar bandar terjejas sebagai langkah berwaspada.

Secara keseluruhan, sebanyak 398 sekolah rendah dan 65 sekolah menengah di Kuching dan Samarahan ditutup akibat jerebu teruk dengan jumlah 185,000 pelajar terjejas akibat fenomena tidak sihat itu. - UB



Jerebu Beransur Hilang Selepas Hujan Turun Jerebu Beransur Hilang Selepas Hujan Turun Reviewed by uMieySurianie on September 21, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.