KUCHING: Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Kujat mahu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak memikul tanggungjawab dengan lebih efisien untuk memastikan pendaftaran kesemua 1,600 permohonan sijil kelahiran dan kad pengenalan yang telah diluluskan dapat disiapkan dengan segera.
Beliau memberitahu, ia penting supaya kesemua pemohon terutama kanak-kanak dapat memiliki sijil kelahiran dan kad pengenalan agar masalah berkaitan melanjutkan pelajaran diatasi.
“Untuk permulaan projek perintis ini kita menerusi pasukan petugas khas yang telah dibentuk akan memulakannya di Selangau supaya pemohon di kawasan itu dapat memiliki sijil lahir dan kad pengenalan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama agensi-agensi di bawah KDN di sebuah hotel terkemuka di sini kelmarin.
Menyentuh mengenai permohonan tersebut, Masir menjelaskan bahawa setiap pemohon perlu memastikan dokumen mereka lengkap dan disahkan oleh ketua masyarakat atau tuai rumah atau wakil rakyat di kawasan masing-masing.
“Sekiranya dokumen ini tidak lengkap dan tidak disahkan maka JPN tidak akan meluluskannya,” katanya.
Menurutnya lagi, permohonan baharu untuk sijil kelahiran dan kad pengenalan pula juga perlu disahkan dan mempunyai dokumen yang lengkap supaya ia tidak memakan masa untuk diluluskan.
“Dalam projek printis ini di Selangau kita hanya menumpukan kepada permohonan yang telah diluluskan, ini tidak termasuk permohonan baharu,” jelasnya.
Kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan berita gembira untuk pemohon sijil kelahiran dan kad pengenalan apabila KDN meluluskan kesemua 1,600 permohonan tersebut.-BP
JPN Diminta Lebih Efisien Menyiapkan Sijil Lahir Dan MyKad
Reviewed by Unknown
on
September 28, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
September 28, 2015
Rating:

No comments: