Seo Services

Kes Kebakaran Terbuka Di Sarawak Menunjukkan Sedikit Peningkatan


KUCHING: Kes kebakaran terbuka di negeri ini menunjukkan sedikit peningkatan pada minggu ini berbanding purata pada minggu lepas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Nor Hisham Mohamad berkata, meskipun ia meningkat tetapi ia masih dalam kawalan dan tidak begitu serius.

“Minggu ini kes kebakaran terbuka ini dalam purata tujuh hingga 10 kes sehari dan ia merangkumi hanya setengah ekar kebakaran semak-samun.

“Jika kita bandingkan pada minggu lepas, hanya dua hingga empat kes sahaja sehari,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, semalam.

Tambah Nor Hisham, kebanyakan kes yang dilaporkan setakat ini berlaku di Miri dan Kota Samarahan yang masing-masing mencatat dua atau tiga kes sehari.

Katanya bagaimanapun kes kebakaran di Sarawak dapat dikawal dan ditangani dengan lancar atas kesedaran orang awam yang dilihat meningkat terutama pada musim jerebu.

“Kami menerima panggilan meskipun api dilihat baharu sahaja menyala dan ini adalah respons yang sangat baik daripada orang ramai.

“Perkara seperti ini amat kami alu-alukan dalam usaha kami menangani kes kebakaran terbuka di Sarawak khasnya pada musim jerebu,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa kebiasaannya kadar purata kes kebakaran terbuka di Sarawak mencapai 20 kes dan ke atas sehari pada musim kemarau.

Nor Hisham turut menasihati orang awam agar memberi kerjasama dengan tidak atau mengelak sebarang aktiviti pembakaran serta menjaga kesihatan masing-masing. - UB



Kes Kebakaran Terbuka Di Sarawak Menunjukkan Sedikit Peningkatan Kes Kebakaran Terbuka Di Sarawak Menunjukkan Sedikit Peningkatan Reviewed by uMieySurianie on September 17, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.