Seo Services

Najib Mahu Polis Ambil Tindakan Pantas Kes Bunuh Kevin Morais

 

KUALA LUMPUR:  Datuk Seri Najib Tun Razak mahu polis mengambil tindakan pantas dan menyiasat pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais.

"Saya mengutuk keras pembunuhan dahysat DPP Kevin Morais. Takziah kepada keluarganya. @PDRMsia mesti mengambil tindakan cepat & menyiasat kes ini," katanya dalam akaun Twitternya hari ini.

Mayat Kevin Morais ditemukan dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya dekat sini selepas salah seorang daripada tujuh suspek membawa polis ke lokasi tong itu pagi ini di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah.

Kevin Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 Sept lepas selepas kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

-- BERNAMA

Najib Mahu Polis Ambil Tindakan Pantas Kes Bunuh Kevin Morais Najib Mahu Polis Ambil Tindakan Pantas Kes Bunuh Kevin Morais Reviewed by Unknown on September 17, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.