Seo Services

Kuching Kembali Berjerebu Selepas Beberapa Hari Pulih


KUCHING : Selepas hampir seminggu kualiti udara di negeri ini pulih, jerebu kembali melanda Sarawak hari ini dengan Sri Aman menjadi satu-satunya kawasan di negara ini mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Hingga jam 10 pagi, bacaan IPU di Sri Aman berada pada paras 113, Sarikei (85), Kuching (84), Samarahan (79) dan Sibu (73).

Tinjauan di sekitar Bandaraya Kuching pagi ini mendapati, jerebu mula melanda seawal jam 8 pagi dan bertambah teruk pada jam 11 pagi dengan jarak pandangan merosot hingga 1,000 meter.

Keadaan jerebu di Sarawak pulih seketika sejak 17 September lalu berikutan hujan lebat, namun keadaan tidak kekal lama apabila hari ini ruang udara kembali berkabus.

-Berita Harian
Kuching Kembali Berjerebu Selepas Beberapa Hari Pulih Kuching Kembali Berjerebu Selepas Beberapa Hari Pulih Reviewed by Unknown on September 22, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.