Seo Services

Lelaki Maut Kereta Rempuh Avanza


SRI AMAN: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya merempuh sebuah Toyota Avanza dalam kejadian di Kilometer 8, Jalan Sri Aman-Kuching dekat kawasan Bukit Temudok disini petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Jedive Kllinie, 39, maut di tempat kejadian selepas kereta Proton Savvy yang dipandunya merempuh Toyota Avanza pada jam lebih kurang 6 petang semalam.

Menurut kenyataan daripada Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Muhammad menjelaskan bahawa mangsa yang memandu kereta jenis Proton Savvy dalam perjalanan dari arah Bandar Sri Aman menuju Kuching.

“Mangsa yang berusia 39-tahun dan dikatakan memotong secara berbahaya sebuah kenderaan lain di hadapannya.

Akibatnya mangsa hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza yang berhenti tepi jalan.

Kenderaan Toyota Avanza tersebut sebelum itu dikatakan datang dari arah Kuching dan ketika menuruni Bukit Temudok pemandunya terpaksa memberhentikan kereta di tepi jalan apabila melihat kereta yang dipandu si mati memotong secara berbahaya,” katanya.

Tambahnya, mangsa yang berasal dari Kampung Geran "C" maut di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sri Aman untuk tindakan selanjutnya.

Manakala pemandu Toyota Avanza serta ibunya dan anak lelakinya mengalami cedera ringan dan di rawat Hospital Sri Aman.-Sarawakiana
Lelaki Maut Kereta Rempuh Avanza Lelaki Maut Kereta Rempuh Avanza Reviewed by Unknown on September 21, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.