KUCHING: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunganginya bertembung dengan sebuah kenderaan jenis bas sekolah di Jalan Sultan Tengah disini pagi tadi.
Allahyarham Awang Sulaiman Awang Jolly, 54-tahun dari Kampung Rampangi, Jalan Santubong meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi berkata, nahas itu berlaku pada pada jam lebih kurang 8.30 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Santubong menuju ke pusat bandar.
Katanya, sebaik tiba di satu simpang, mangsa dipercayai ingin membelok kanan simpang ke Bandar Baru Samariang namun mangsa dilanggar bas berkenaan yang bergerak lurus dari pusat bandar menghala ke Santubong.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya.
“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata Roslan lagi. -Sarawakiana
Lelaki Maut Setelah Motosikal Bertembung Bas
Reviewed by Unknown
on
September 15, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
September 15, 2015
Rating:

No comments: