KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) tersenarai dalam kelompok 150 universiti terbaik dunia dalam senarai dikeluarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings hari ini bagi tahun 2015/2016.
UM meningkat lima tangga kepada kedudukan ke-146 berbanding 151 tahun lalu dengan markah keseluruhan 62.1.
Sementara itu, Universiti Sains Malaysia (USM) pula berada di kedudukan ke-289 diikuti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 303, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 312 dan Universiti Putra Malaysia (UPM) 331.
Mengikut penarafan berkenaan, institusi pengajian tinggi di Malaysia menunjukkan peningkatan hasil kaedah baharu yang diaplikasikan dalam pentaksiran mereka.
Universiti tempatan turut cemerlang dalam dua daripada lima bidang pengajian, yang mana UM, USM dan UTM tersenarai dalam kelompok 100 universiti terbaik bagi bidang kejuruteraan dan teknologi manakala UM serta USM bagi bidang sains sosial dan pengurusan. - BH
Universiti Malaya Tersenarai Dalam 150 Universiti Terbaik Dunia
Reviewed by uMieySurianie
on
September 15, 2015
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
September 15, 2015
Rating:

No comments: