Seo Services

Lim Nee Kon Terima Tugas Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching


KUCHING: Lawatan kerja Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Datuk Dr Chai Kin Chung ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching hari ini turut menyaksikan satu majlis serah terima tugas diantara Supt. Entusa Imam kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching (Pentadbiran) yang baharu DSP Lim Nee Kon buat sementara waktu yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, Jalan Simpang Tiga disini pagi tadi.

Majlis berkenaan diadakan berikutan persaraan mantannya Supt. Entusa Imam yang akan bersara mulai hari ini dan majlis menandatangani dokumen rasmi turut disaksikan oleh Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Roslan Bek Ahmad.

Dalam pada itu, Chai merakamkan penghargaan atas jasa diatas sumbangan dan dedikasi Entusa dalam membantu memantapkan pentadbiran dan tugasan dalam bidang berkaitan dengan cemerlang dalam pelbagai aspek selama lebih 35 tahun berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.

Beliau turut mendoakan kesihatan yang baik serta lebih maju dan berjaya dalam apa juga bidang yang bakal diceburinya selepas ini.

Di samping itu, beliau turut mengharapkan Lim dapat memikul tugas baharu dan berjaya meneraju bidang berkaitan dengan lebih mantap dan efisien terutama dalam pentadbiran.

Sementara itu, lawatan kerja ini adalah merupakan lawatan kerja yang terakhir beliau ke IPD Kuching sebelum persaraan tetapnya tidak lama lagi.

Turut hadir pegawai-pegawai kanan polis dari balai-balai dibawah seliaan IPD Kuching-Sarawakiana
Lim Nee Kon Terima Tugas Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Lim Nee Kon Terima Tugas Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Reviewed by Unknown on September 29, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.