KUCHING : Peningkatan ahli PBB DUN Demak Laut begitu ketara dan amat memberangsangkan bagi menghadapi persediaan Pilihanraya Negeri akan datang.
ADUN Demak Laut Dr Haji Hazland Hipni memberitahu media bahawa pada tahun 2014, jumlah ahli PBB yang berdaftar adalah 5442 orang dan pada 13 November 2014 pendaftaran baru berjumlah 176 orang menjadikan jumlah ahli berdaftar pada tahun tersebut adalah 5,618 orang.
"Pada hari ini jumlah peningkatan ahli baru PBB Demak Laut semakin bertambah kepada 8,925 keahlian dan dengan bertambahnya ahli PBB Demak Laut, persediaan jentera pilihanraya akan lebih mantap lagi," kata Hazland lagi.
Beliau juga menjangkakan akan lebih ramai lagi yang akan menjadi ahli PBB sebelum pilihanraya akan datang di kawasan Demak Laut.
Majlis ringkas penyerahan ahli baru PBB DUN Demak Laut telah disaksikan oleh Setiausaha Agung PBB Datuk Dr Stephen Rundi Utom dan timbalannya Petrus Igat Mathis di Ibu Pejabat PBB Kuching sebentar tadi.-Sarawakiana
PBB DUN Demak Laut Siap Siaga Hadapi PRN Akan Datang
Reviewed by Unknown
on
September 10, 2015
Rating:

No comments: