Acara 3rd International Orchid Show 2015 Di Kuching

Seo Services

KUCHING: Seiring dengan usaha untuk menjadikan Bandaraya Kuching sebagai sebuah bandaraya puspawarna, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sekali lagi telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan Negeri untuk menganjurkan acara 3rd International Orchid Show 2015.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Haji Adenan Satem berkata, acara ini merupakan kesinambungan daripada penganjuran International Orchid Show yang pertama pada tahun 2011 di mana ia telah menarik kira-kira 9,000 pencinta orkid dari seluruh dunia.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibaca oleh Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg pada majlis Majlis Perasmian Orchid Garden di Petra Jaya, di sini hari ini.

Mengucapkan tahniah kepada DBKU di atas kejayaan menganjurkan program yang unik tersebut, Adenan berkata, acara tersebut berlangsung selama empat hari berturut-turut bermula pada 10 sehingga 13 September 2015 Khamis-Ahad, bertempat di Taman Orchid, Jalan Astana di sini.

“Saya juga yakin bahawa acara 3rd International Orchid Show ini akan menjadi platform terbaik di mana kita boleh mendapat peluang untuk belajar daripada pakar-pakar antarabangsa untuk kaedah terbaru, pendekatan dan teknologi tentang cara menanam orkid," katanya lagi.

Dengan bertemakan Orchid Fantasy, acara 3rd International Orchid Show menyaksikan 17 pasukan dari 13 negara dari seluruh dunia telah datang ke Kuching untuk mengambil bahagian dalam pertandingan dalam pelbagai kategori; seperti Pertandingan Lanskap Orkid Kategori Tempatan dan Antarabangsa, bagi kategori Institusi Pengajian dan sekolah, dan pertandingan Orkid Individu.

Antara negara-negara yang mengambil bahagian dalam acara ini ialah Jepun, China, Korea, Hong Kong, Taiwan, Myanmar, Vietnam, Filipina, Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Objektif utama acara 3rd International Orchid Show adalah untuk mempamerkan orkid dari seluruh dunia dan untuk menyediakan tempat peluang untuk rangkaian, menjual, membeli dan mesyuarat rakan perniagaan berpotensi dari negara-negara yang mengambil bahagian.

Majlis perasmian acara tersebut telah disempunakan oleh Isteri Ketua Menteri, Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah disaksikan oleh Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan juga ADUN Tupong Datuk Haji Daud Abdul Rahman, Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Wahap Abang Julai dan dif-dif kenamaan yang lain. – Sarawakiana
Acara 3rd International Orchid Show 2015 Di Kuching Acara 3rd International Orchid Show 2015 Di Kuching Reviewed by uMieySurianie on September 10, 2015 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.