Seo Services

Penurunan Kuasa: Bukti Keikhlasan Najib Kepada Sabah, Sarawak - Masidi


KOTA KINABALU: Pengumuman mengenai penurunan kuasa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 Sept lepas merupakan bukti keikhlasan beliau memberi lebih banyak kuasa kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata ia menunjukkan Najib mahu Sabah memainkan peranan lebih besar dalam program dan inisiatif tertentu yang dilaksanakan agensi-agensi Persekutuan.

Masidi berkata ia juga mencerminkan makna sebenar Hari Malaysia yang disambut pada 16 Sept yang merupakan hari bersejarah bagi Sabah, Sarawak dan Malaya yang membentuk persekutuan Malaysia pada 52 tahun lepas.

"Ini adalah langkah baik dan menunjukkan status sama rata dengan rakan-rakan kami di Semenanjung. Tidak kisahlah sama ada kita berkhidmat untuk kerajaan negeri mahupun kerajaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta larian 'Sehati Sejiwa' di sini, hari ini.

Masidi berkata program perpaduan anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah itu menunjukkan semangat perpaduan dan patriotisme yang kukuh dalam kalangan rakyat Sabah.

Ia disertai oleh kira-kira 1,800 peserta, yang melebihi sasaran seramai 700 orang.

"Saya berharap rakyat Sabah boleh menjadi model kepada seluruh negara dari sudut perpaduan negara dan hidup berharmoni dalam sebuah negara pelbagai kaum dan agama," katanya.

-- BERNAMA
Penurunan Kuasa: Bukti Keikhlasan Najib Kepada Sabah, Sarawak - Masidi Penurunan Kuasa: Bukti Keikhlasan Najib Kepada Sabah, Sarawak - Masidi Reviewed by Unknown on September 19, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.