Seo Services

Penyakit Kardiovaskular Sumbang 50 Peratus Kematian Rakyat Malaysia


KUALA LUMPUR: Penyakit kardiovaskular iaitu penyakit jantung dan strok menyumbang sebanyak 50 peratus kepada kematian di kalangan rakyat Malaysia setiap tahun.

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata, tabiat merokok dan darah tinggi adalah faktor utama yang membawa risiko penyakit itu selain tidak aktif secara fizikal, obesiti dan diabetes.

"Secara keseluruhan penyakit ini juga penyumbang risiko kematian pramatang iaitu kematian di bawah umur 70 tahun membabitkan mereka yang masih produktif dari segi ekonomi atau masih bekerja," katanya selepas sesi interaksi antara kementerian dan media bersempena Hari Jantung Sedunia, di sini hari ini.

Dr Feisul berkata, berikutan peningkatan risiko kematian pramatang, sambutan Hari Jantung Sedunia tahun ini akan menumpukan aktiviti fizikal di kalangan golongan muda.

Bertemakan 'Be Active Your Way, Everyday', beliau berkata sambutan itu yang dirai pada 29 September menekankan pentingnya pendidikan kesihatan jantung dengan mengamalkan budaya hidup sihat.

"Sebarang bentuk aktiviti fizikal boleh kita lakukan bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung dan risiko kematian pramatang ini," katanya.

Sehubungan itu, Dr Feisul menasihatkan masyarakat supaya menerapkan amalan pemakanan sihat dan aktiviti fizikal bersama anak-anak sebagai langkah mencegah penyakit kardiovaskular.

"Masyarakat perlu lihat benda ini sebagai pelaburan untuk masa depan, ini kerana penyakit jantung ini adalah 'silent disease' yang boleh mengganggu kualiti hidup mereka," katanya. - BERNAMA

Penyakit Kardiovaskular Sumbang 50 Peratus Kematian Rakyat Malaysia Penyakit Kardiovaskular Sumbang 50 Peratus Kematian Rakyat Malaysia  Reviewed by uMieySurianie on September 21, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.