Seo Services

PM Kutuk Gejala Islamophobia, Sifatkan Ia Satu Penindasan Melampau


PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak mengutuk sekeras-kerasnya gejala Islamophobia, yang mana ada pihak sentiasa cuba mengaitkan Islam dengan keganasan walhal ia dilakukan oleh ramai lagi golongan yang bukan beragama Islam.

Perdana Menteri menyifatkan gejala itu sebagai satu bentuk penindasan dan diskriminasi agama yang melampau.

Dalam satu kenyataannya yang dimuat naik dalam laman sesawang NajibRazak.com, Perdana menteri turut merujuk pada satu kejadian membabitkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun bernama Ahmed Mohamed, yang ditahan polis Amerika Syarikat kerana sebuah jam ciptaannya disangkakan bom.

"Jam terbabit disalah sangka sebagai sebuah bahan letupan hanya kerana beliau seorang Muslim. Inilah yang dipanggil Islamophobia iaitu perbuatan yang sering mengaitkan Islam dengan keganasan.

"Peperangan yang mengorbankan nyawa beratus ribu orang di Iraq, adalah satu bentuk keganasan.

Kekejaman Israel ke atas Palestin juga satu bentuk keganasan, malah ia lebih besar skalanya dan sudah berdekad lamanya penindasan mereka ini.

"Penggunaan bom nuklear dan bom kimia yang membunuh berjuta orang awam, jika digunakan, juga adalah satu keganasan. Mereka ini bukan beragama Islam, namun tidak pula dianggap sebagai pengganas," katanya.

Dalam kejadian Isnin lalu, Ahmed, yang belajar di Sekolah Tinggi MacArthur di Irvine, Texas, ditahan selepas beliau menggunakan papan litar dan wayar lama untuk mencipta jam digital serta membawanya ke sekolah untuk ditunjukkan kepada guru kejuruteraannya.

Bagaimanapun, seorang guru bahasa Inggeris menyangka jam itu bom apabila mendengar ia berbunyi dan memaklumkan kepada pengetua yang kemudiannya menghubungi polis sekali gus menyebabkan Ahmad ditahan serta digari sebelum dibawa ke pusat tahanan juvana.

Hakikatnya, jelas Najib, keganasan adalah krisis kemanusiaan yang membabitkan semua tanpa mengira agama. - BH

PM Kutuk Gejala Islamophobia, Sifatkan Ia Satu Penindasan Melampau PM Kutuk Gejala Islamophobia, Sifatkan Ia Satu Penindasan Melampau Reviewed by uMieySurianie on September 25, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.