Seo Services

"Sarawak Model Terbaik Perpaduan Kaum" - Mustapa


KUALA LUMPUR: Sarawak yang dihuni pelbagai etnik dan lapisan kaum adalah model terbaik perpaduan negara, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jeli dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO menjelaskan, negeri itu yang diwakili 27 kumpulan etnik Bumiputera, dengan pelbagai agama dianuti, mampu hidup dalam suasana penuh harmoni.

Justeru beliau percaya, konsep wassatiyah yang didukung kerajaan selama ini adalah model inklusif dalam memupuk semangat perpaduan, disamping membentuk sikap rakyat untuk lebih matang dan bertanggungjawab.

"Kita ada konsep kesederhanaan atau wassatiyah yang menjadi sandaran kita. Menerusi pendekatan ini, jika ia diamalkan setiap rakyat, kita boleh membina sikap toleransi yang tinggi dalam kalangan masyarakat kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada program Taklimat Maklumat Terkini Ekonomi Malaysia 2015 anjuran PEMANDU di Sasana Kijang, Bank Negara di sini, hari ini.

Mustapa berkata, walaupun cabaran dihadapi Malaysia ketika ini besar, dengan perkembangan dunia teknologi massa, penerapan semangat kesederhanaan ini sedikit sebanyak akan mengubah minda masyarakat untuk lebih bertanggungjawab dalam setiap tindakan mereka. - BH

"Sarawak Model Terbaik Perpaduan Kaum" - Mustapa "Sarawak Model Terbaik Perpaduan Kaum" - Mustapa Reviewed by uMieySurianie on September 21, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.