Seo Services

Singapura Tutup Semua Sekolah, Jerebu Capai Tahap Bahaya

Foto: Reuters

SINGAPURA: Kerajaan Singapura pada lewat malam tadi mengarahkan penutupan semua sekolah ekoran indeks pencemaran udara mencecah tahap bahaya daripada asap pembakaran kegiatan pertanian dari negara jiran, Indonesia.

Menteri Pendidikan, Heng Swee Keat, berkata arahan penutupan segera itu berkuat kuasa untuk semua sekolah rendah, menengah dan tadika di bawah kementerian dan sekolah pendidikan khas.

"Ibu bapa yang tidak dapat membuat pelan alternatif disebabkan notis singkat ini masih boleh menghantar anak ke sekolah dan mereka akan ditempatkan di bilik berhawa dingin," katanya dalam sidang media lewat malam tadi.

Kualiti udara di Singapura semakin buruk pada sidang hari dengan asap tebal berkepul di udara dari kepulauan Sumatera. - AFP

Singapura Tutup Semua Sekolah, Jerebu Capai Tahap Bahaya Singapura Tutup Semua Sekolah, Jerebu Capai Tahap Bahaya  Reviewed by uMieySurianie on September 25, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.