Seo Services

Tiga Kawasan Panas Di Sarawak


Keadaan jerebu yang seperti asap dan zarah debu tebal sekali lagi melanda Sarawak sejak semalam dan dikhuatiri tidak akan berakhir sehingga hujung bulan ini

Pihak Jabatan Alam Sekitar mengesahkan keadaan jerebu menjadi lebih teruk di bahagian selatan negeri dengan tiga bahagian yang menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kurang sihat pada pagi tadi.

Sehingga jam 9.00 pagi, bahagian Samarahan mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu pada kadar 191, manakala Kuching dan Sri Aman masing-masing mencatatkan bacaan IPU yang tidak sihat pada kadar 171 dan 138.

Dua lagi tempat yang dikenalpasti bacaan IPU yang tidak sihat juga ialah di kawasan Bandar Melaka (106) dan Bukit Rambai Melaka (108).

Kawasan Tawau, Sabah juga tidak terkecuali dari jerebu merentasi sempadan yang dicetuskan oleh kebakaran tanah gambut dan belukar di Indonesia.

Tawau mencatatkan bacaan IPU tidak sihat pada kadar 109.

Bacaan IPU di 32 kawasan dan 14 kawasan di seluruh negara adalah sederhana dan baik.

Menurut Pusat Meteorologi Khas Singapura- ASEAN, terdapat 479 kawasan titik panas yang dikenal pasti di beberapa kawasan di Kalimantan, Indonesia.

Imej-imej satelit telah dikenalpasti dan diproses oleh National Oceanic and Atmospheric Administration juga mendapati 18 kawasan panas di Sumatera dan tiga kawasan panas di Sarawak.  -sumber
Tiga Kawasan Panas Di Sarawak  Tiga Kawasan Panas Di Sarawak Reviewed by Unknown on September 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.