Tokoh-tokoh Wanita Sarawak Dibukukan Dalam ‘The Pioneers: Sarawak Women in Politics’

Seo Services

KUCHING: Sumbangan dan jasa tokoh wanita terawal dalam bidang politik di Sarawak dibukukan dalam ‘The Pioneers : Sarawak Women in Politics’.

Buku tersebut yang dilancarkan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak lama hari ini merupakan penghargaan yang tidak terhingga kepada pemimpin-pemimpin Sarawak yang terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan Sarawak.

Seramai 13 personaliti tokoh wanita di negeri ini iaitu Datuk Ajibah Abol, Hajah Baidah Haji Saleh, Barbara Mendu Bay, Hajah Bibi McPherson, Chi Mei Si, Hadiah Haji Yaman, Datin Sri Hau Ngo, Datuk Paduka Hajah Jorkinah Hashim, Lily Eberwein, Lucy Sanyin Miku, Dato Sri Philmena Tra Zehnder, Datuk Hajah Sharifah Mordiah Tuanku Haji Fauzi dan Datuk Paduka Pemanca Hajah Sharifah Rehanah Haji Syed Razali.

Buku ini sesuai kepada setiap lapisan masyarakat juga membolehkan generasi muda menghayati serta mengimbau kembali perjuangan tokoh-tokoh wanita terawal dimana kecekalan serta kegigihan dalam perjuangan mereka di zaman awal kemerdekaan Sarawak dan mengisahkan penglibatan mereka dalam bidang politik di negeri ini serta sumbangan dan jasa mereka.

Buku hasil tulisan Chiristina Thomas Mamora telah diterbitkan di dalam bahasa Inggeris oleh Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak telah menceritakan kisah-kisah perjuangan suka dan duka serta jasa mereka sepanjang penglibatan mereka dalam politik di Sarawak.

Difahamkam, sempena dengan sambutan Hari Wanita pada 17 Oktober nanti, sebuah lagi buku bertajuk "Sarawak Women in Arts" akan dilancarkan oleh Ketua Menteri Sarawak Dato' Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Isteri TYT Toh Puan Dato’ Sri Raghad Kurdi Taib, isteri Timbalan Ketua Menteri Sarawak Dato Sri Empiang Jabu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hajah Nancy Shukri, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah, Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak Rosey Yunus, Menteri Muda Kebajikan Robert Lawson Chuat serta dif-dif kenamaan yang lain. - Sarawakiana
Tokoh-tokoh Wanita Sarawak Dibukukan Dalam ‘The Pioneers: Sarawak Women in Politics’ Tokoh-tokoh Wanita Sarawak Dibukukan Dalam ‘The Pioneers: Sarawak Women in Politics’ Reviewed by Unknown on September 10, 2015 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.