Seo Services

Tragedi Rempuhan: Arab Saudi Tolak Kritikan Iran


NEW YORK: Arab Saudi menolak kritikan Iran berhubung pengendalian urusan haji selepas Tehran menuntut siasatan berhubungan insiden rempuhan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 769 jemaah.

"Saya percaya orang Iran sepatutnya lebih memahami daripada bermain politik dengan tragedi yang menimpa jemaah yang sedang melaksanakan kewajipan mereka," kata Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir.

Presiden Iran, Hassan Rouhani, yang seperti Jubeir berada di New York untuk Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), mendesak supaya satu siasatan dilakukan terhadap insiden Rabu lalu yang mana sekurang-kurangnya 136 jemaah haji Iran terkorban.

Bagaimanapun Jubeir, ketika membuat kenyataan bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry, menegaskan Arab Saudi tahu apa yang dilakukan.

"Arab Saudi mempunyai sejarah membelanjakan sumber yang amat banyak untuk menjaga jemaah haji bagi memastikan mereka berjaya melaksanakan haji.

"Kami akan menunjukkan faktanya apabila diperoleh kelak dan kami tidak akan menyorok apa-apa. Jika kesilapan dilakukan, mereka yang melakukannya akan dipertanggungjawabkan," katanya.

Beliau juga berkata, Arab Saudi akan belajar daripada insiden itu dan akan memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

"Saya juga berharap pemimpin Iran akan lebih bertimbang rasa berhubung perkara itu dan mereka yang terkorban dalam tragedi itu dan menunggu sehingga kita dapat melihat hasil siasatan," katanya. - AFP
Tragedi Rempuhan: Arab Saudi Tolak Kritikan Iran Tragedi Rempuhan: Arab Saudi Tolak Kritikan Iran  Reviewed by uMieySurianie on September 27, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.