KUCHING: Seorang penjenayah hanya mengambil masa kira-kira seminit untuk melarikan barang kemas dalam satu kejadian rompakan di sebuah kedai emas di Jalan Carpenter di sini, semalam.
Insiden sekitar jam 5 petang itu berlaku apabila suspek yang bertopi keledar meluru masuk ke dalam premis berkenaan dan terus menghentak salah satu cermin ruang pameran barang kemas menggunakan objek keras.
Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dilihat menghentak kira-kira 10 kali cermin ruang pameran tersebut sehingga menyebabkan ia pecah dan terus mengambil barang kemas di dalamnya.
“Suspek bertopi keledar mulanya dilihat berlegar-legar di kaki lima kedai tersebut sebelum menyerbu masuk dan terus memecahkan salah satu ruang pemeran menggunakan objek keras dipercayai sepana.
“Selepas kira-kira 10 kali menghentak cermin ruang pameran tersebut sehingga pecah, suspek kemudian dilihat mengambil barangan kemas dari dalamnya dan terus melarikan diri,” kata sumber.
Difahamkan, suspek mengalami kecederaan di lengannya dalam insiden tersebut akibat terkena serpihan kaca.
Orang awam yang ditemui di tempat kejadian memberitahu suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal yang ditunggangi seorang lagi lelaki dipercayai rakan subahatnya.
Anggaran kerugian masih belum dapat dipastikan. - UB
#Video : Rompakan Hanya Seminit Di Jalan Carpenter
Reviewed by Unknown
on
September 20, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
September 20, 2015
Rating:

No comments: