Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku akan ke Indonesia pada 24 September nanti bagi membincangkan masalah jerebu yang melanda negara baru-baru ini.
Wan Junaidi berkata, perjumpaan itu juga adalah untuk mempercepatkan proses memuktamadkan perjanjian persefahaman antara Malaysia - Indonesia mengenai program pencegahan pencemaran jerebu merentas sempadan.
“Saya akan berangkat ke Indonesia pada Hari Raya Aidiladha nanti bagi menandatangi memorandum persefahaman (MoU) di antara Malaysia-Indonesia untuk membincangkan permasalahan jerebu di Negara ini."
Beliau berkata sedemikian ketika ditanya oleh pihak media selepas menghadiri Majlis Memulakan Kerja Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, Jajaran Teluk Melano-Sematan, di sini.
Dalam pada itu, Junaidi berkata, operasi pembenihan awan juga telah bermula pada hari ini di kawasan Semenanjung Malaysia dan Sarawak iaitu di Sri Aman, Kuching dan Samarahan dimana telah mendapat arahan daripada Majlis Islam Negara (MKN).
“Apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) menjangkau 150 , Jabatan Alam Sekitar Malaysia di bawah kementerian saya akan memaklumkan kepada pihak MKN untuk melaksanakan pembenihan awan jika perlu,”
Proses pembenihan awan dilakukan dengan mengambil kira faktor keadaan awan, atmosfera yang sesuai dan stabil serta udara lembap pada masa ini.
“Proses pembenihan awan ini juga tertakluk kepada dua perkara iaitu kebolehan helikopter untuk naik ke atas atau ada awan untuk dibenihkan,” menurut Junaidi. - Sarawakiana
Wan Junaidi Ke Indonesia Bincang Masalah Jerebu
Reviewed by Unknown
on
September 15, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
September 15, 2015
Rating:

No comments: