KUCHING: Seorang wanita ditemui mati lemas semalam selepas dikatakan tidak pulang ke rumahnya di Kampung Bintawa Hilir di sini sejak petang kelmarin.
Mangsa, Fatimah Abdullah berusia 52 tahun dikatakan tidak pulang ke rumah selepas kali terakhir dilihat oleh penduduk kampung berada di tepi sungai kampung berkenaan petang kelmarin.
Suami mangsa yang hanya dikenali sebagai Masnu, 55, memberitahu dia bersama ahli keluarganya mula mencari isterinya sejak malam kelmarin namun menemui jalan buntu.
“Kami sudah mencari dia sepanjang malam tadi (malam kelmarin) namun tidak menjumpainya sehingga tadi (semalam) saya diberitahu oleh penduduk kampung bahawa isteri saya ditemui mati lemas,” katanya yang ditemui pemberita.
Menurutnya lagi, isterinya menghidap penyakit mental sejak empat tahun lepas dan sebelum ini juga pernah melarikan diri dari rumah.
“Dia ada penyakit mental dan sebelum ini dia juga pernah melarikan diri dari rumah, tetapi dia akan pulang selepas itu.
“Namun berbeza kali ini kerana dia meninggalkan kami selama-lamanya,” katanya yang tidak lagi dapat menahan kesedihannya.
Mangsa meninggalkan seorang suami dan dua orang anak, masing-masing berusia 15 dan 27 tahun.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hsopital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat. - UB
Wanita Tidak Pulang Ditemui Mati Lemas
Reviewed by uMieySurianie
on
September 18, 2015
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
September 18, 2015
Rating:

No comments: