Seo Services

4 Klinik 1Malaysia Akan Dibina Di Sarawak


SIBU: Empat lagi Klinik 1Malaysia (K1M) dijangka dibina di Sarawak tahun ini bagi memberi perkhidmatan kesihatan lebih baik kepada orang ramai.

Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak Datu Dr Zulkifli Jantan berkata tiga daripadanya dibina di Sibu dan satu lagi di Miri.

“Bagi tahun ini, dua projek K1M ialah di Rantau Panjang dan berhampiran Jambatan Lanang.

“Dua lagi K1M ini masing-masing di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Sibu dan Miri,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Setakat ini, terdapat 32 K1M di seluruh Sarawak dan di Sibu terdapat tujuh K1M iaitu di Taman Rejang, Teku, Jalan Bandong, Sungai Bidut, Jalan Salim, Sibu Jaya dan Taman Permai.

Ditanya mengenai tapak K1M berhampiran Jambatan Lanang, Dr Zulkifli memberitahu bahawa tapak bekas pejabat Shin Yang itu diserahkan kepada Jabatan Kesihatan pada 25 Ogos lalu.

“Kerja-kerja mengubah suai pejabat itu kepada K1M sedang giat dijalankan,” jelasnya sambil menambah, setelah siap nanti terdapat sembilan K1M di Sibu.

K1M menawarkan perkhidmatan pesakit luar dan pemeriksaan kesihatan ibu dan anak selain pemeriksaan darah dan tekanan darah, paras gula, kolesterol dan sebagainya.

Dianggarkan purata lebih kurang 1,500 pesakit mendapatkan rawatan di K1M setiap bulan dengan bayaran RM1 sahaja bagi warganegara Malaysia.

K1M dibuka dari jam 9 pagi hingga 9 malam serta dikendalikan dua pembantu perubatan dan beberapa orang jururawat. -UB-
4 Klinik 1Malaysia Akan Dibina Di Sarawak 4 Klinik 1Malaysia Akan Dibina Di Sarawak Reviewed by Unknown on October 07, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.